Kakak Maryam

20 08 2017

I’m still in the phase of menyesuaikan diri with 2 kids.

In the midst of nak jaga anak kedua tanpa merobekkan emosi anak pertama. Aku taknak Maryam rasa aku dah tak sayang dia sejak ada Husna.

I try to be the best ibu for both Maryam. Before deliver Husna, aku keep telling Maryam, ‘ibu sayang kakak’. Setiap kali bangun pagi & balik dari nursery, I will tell her the same thing again and again and again. ‘Ibu sayang kakak’.

After Husna lahir, I still do the same thing. Aku nak Maryam tahu, there’s nothing changed after dia ada adik. Everything will be the same as usual like before.

————————————————-

Tapi tu lah, kadang kadang perangai Maryam ni sangat menduga.

Hanya mampu berdoa Allah berikan kesabaran yang tinggi untuk handle dua anak.

☺️☺️☺️

Advertisements




Maryam

20 08 2017

Anak pertama nama Maryam Dzulaikha.

Anak kedua nama Maryam Husna.

I love this Maryam name. Sebab tu aku decide untuk kekalkan nama Maryam pada anak perempuan.

I love the story of Maryam, mak Nabi Isa. Deliver baby bawah pokok kurma. Having a baby dengan berkat dan kekuasaan Allah.

Mesmerising isn’t it?

Kalau anak lelaki, aku nak letak nama Ali. Tapi belum berpeluang lagi untuk dapat anak lelaki.

Insyallah, akan diusahakan.

—————————————————





Kembali

20 08 2017

Decided to write again.

.

Making this blog as a journal for a mother of two. Maryam Dzulaikha and Maryam Husna.

Semoga istiqamah & rajin untuk terus menulis.

❤️





Hai.

29 05 2014

Hai.
Saya dah tunang.

Ok, bai.

20140529-115805 am-43085551.jpg





Takut

7 04 2014

Dulu aku selalu cakap ‘Kahwin ni macam main judi. Nasib kita baik, menanglah, bahagialah kita dengan suami kita, tapi kalau nasib tak baik, sengasaralah kita dengan suami kita’.

Dalam pada rasa takut untuk kahwin, tapi ada juga rasa menggeletis syok seronok nak kahwin.

Perempuan mana yang taknak suami yang baik. Kan? Orang kata, kalau makan sampai pinggan licin boleh dapat suami soleh. Orang kata la. Aku dari dulu memang makan sampai licin. Dari zaman duduk asrama lagi, aku kalau makan tak pernah tak habis. Tray dewan makan tu, sampai kilat aku kerjakan. Ramai jugak lah kawan kawan sebaya yang cakap ‘bagus nur, nanti dapat suami soleh’.

So far, aku tengok tikus, ada la sikit ciri ciri soleh. Sikit la, ok la, daripada tak ada.

Aku pernah dengar ustazah bahyah cakap, ‘kalau kita nak pasangan kita yang baik baik, kita kena jadi baik dulu. Jangan harapkan orang untuk jadikan kita baik, kita yang kena mula dulu’.

——————————————————–

Takut sebenarnya nak kahwin. Bila tengah drive kereta, banyak benda yang aku fikir.

Lately, kerap jugaklah aku buat solat hajat. Lepas Isyak dengan lepas Maghrib. Aku mintak hati aku tenang, boleh berfikir dengan waras, dan jadi perempuan yang baik.

Aku ada buat istikharah dulu, dua tahun lepas. Masa ramadhan 2012. Tapi aku takda mimpi. Petunjuk yang aku rasa rasa tikus is ‘the one’ adalah kata hati.

Aku dekatkan diri aku dengan Allah. Kerap mengaji, perbanyakkan amalan sunat. Takut weh sebenarnya buat keputusan nak kahwin ni. Macam aku cakap tadi lah, kahwin ni macam main judi. Ikut luck kita.

Pada siapa lagi yang aku boleh letakkan harapan, pada Dia je.

Sebab kita semua tau, apa benda yang terjadi kemudian hari, semua atas kuasa dan kehendak Dia. Kalau kita nak yang baik baik, carilah Dia. Dia punya kuasa.

Aku cari Dia sebab aku nak kekuatan, nak bantuan. Moga Dia sudi tolong aku dan terima semua amalan aku. Moga aku istiqamah juga.

Dia kan Maha Pengasih dan Penyayang.

20140407-115717 pm.jpg





Marriage

28 03 2014

It was 2 years ago since I say YES to him.

Now, 6 more months to go… Semoga yang baik baik sahaja yang berlaku ke atas kami dan keluarga kami.

Got no times untuk rasa takut, berdebar and nervous since I’ve a lot of things to run.

Work, school, assignments, projects. Pheww..

Semoga terus gagah untuk siapkan semua ni.

20140328-102814 am.jpg





Our future. Yekeww???

17 11 2013

20131117-015931 pm.jpg