Takut

7 04 2014

Dulu aku selalu cakap ‘Kahwin ni macam main judi. Nasib kita baik, menanglah, bahagialah kita dengan suami kita, tapi kalau nasib tak baik, sengasaralah kita dengan suami kita’.

Dalam pada rasa takut untuk kahwin, tapi ada juga rasa menggeletis syok seronok nak kahwin.

Perempuan mana yang taknak suami yang baik. Kan? Orang kata, kalau makan sampai pinggan licin boleh dapat suami soleh. Orang kata la. Aku dari dulu memang makan sampai licin. Dari zaman duduk asrama lagi, aku kalau makan tak pernah tak habis. Tray dewan makan tu, sampai kilat aku kerjakan. Ramai jugak lah kawan kawan sebaya yang cakap ‘bagus nur, nanti dapat suami soleh’.

So far, aku tengok tikus, ada la sikit ciri ciri soleh. Sikit la, ok la, daripada tak ada.

Aku pernah dengar ustazah bahyah cakap, ‘kalau kita nak pasangan kita yang baik baik, kita kena jadi baik dulu. Jangan harapkan orang untuk jadikan kita baik, kita yang kena mula dulu’.

——————————————————–

Takut sebenarnya nak kahwin. Bila tengah drive kereta, banyak benda yang aku fikir.

Lately, kerap jugaklah aku buat solat hajat. Lepas Isyak dengan lepas Maghrib. Aku mintak hati aku tenang, boleh berfikir dengan waras, dan jadi perempuan yang baik.

Aku ada buat istikharah dulu, dua tahun lepas. Masa ramadhan 2012. Tapi aku takda mimpi. Petunjuk yang aku rasa rasa tikus is ‘the one’ adalah kata hati.

Aku dekatkan diri aku dengan Allah. Kerap mengaji, perbanyakkan amalan sunat. Takut weh sebenarnya buat keputusan nak kahwin ni. Macam aku cakap tadi lah, kahwin ni macam main judi. Ikut luck kita.

Pada siapa lagi yang aku boleh letakkan harapan, pada Dia je.

Sebab kita semua tau, apa benda yang terjadi kemudian hari, semua atas kuasa dan kehendak Dia. Kalau kita nak yang baik baik, carilah Dia. Dia punya kuasa.

Aku cari Dia sebab aku nak kekuatan, nak bantuan. Moga Dia sudi tolong aku dan terima semua amalan aku. Moga aku istiqamah juga.

Dia kan Maha Pengasih dan Penyayang.

20140407-115717 pm.jpg

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: