Peringatan melalui mimpi.

23 08 2011

 

 

Mak aku kata, kalau kita mimpi, cepat cepat tengok jam. Kalau dalam area pukul 1, 2, 3, mak aku kata maybe mimpi tu boleh jadi betul. Orang kata pulak, kalau kita mimpi orang yang dah tak ada and dalam mimpi tu dia senyap tak bersuara, itu memang dia. Tapi kalau dia bercakap cakap, itu syaitan.

*****************

Semenjak ayah meninggal, aku pernah mimpi dia dua kali. First, masa malam nak pergi interview maser itu hari. Dalam mimpi, dia senyum. Senyum yang biasa dia buat. Manis. Dia pakai jubah, pakai serban tengok aku bergerak nak pergi interview. Aku nampak dia betul betul dekat tempat jenazah dia dimandikan. Bila terjaga, aku pun ikut senyum, tengok jam pukul 4.

Second, aku mimpi ayah tadi. Pukul 3 tadi. Berpeluh-peluh aku bangun.  Aku mimpi ayah sakit perut. Berbaring meniarap pakai seluar. Masa dia ada, dia tak pernah meniarap. Baca sambil meniarap pun tak pernah, kecuali masa berurut. Aku nampak muka dia berpeluh peluh tahan sakit. Sedih.

Mungkin sebab aku dah jarang sedekah Fatihah. Tambah pulak dalam keadaan zon merah sekarang, tengah sibuk pasang langsir, basuh langsir, buat kuih raya, memang dah kurang sangat sangat aku baca Fatihah.

****************

Walau macam apa pun mimpi kita, keadaan dia masa dalam mimpi, aku percaya ini semua peringatan dari Tuhan. Kita kan selalu leka, selalu lalai.

Syukur lah Tuhan masih sayang dekat kita.

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: