payah untuk describe

12 11 2010

 

friendo.kawan.buddy.member

 

Kadang kadang aku agak tertanya tanya apa makna kawan. Bagi aku, makna kawan itu mudah iaitu pelengkap.

 

Aku jadikan kawan sebagai  compliment dalam hidup. Pengisi kepada keperluan dan kehendak hidup yang berlubang lubang.

 

Anologinya mudah. Kau dan kawan kau makan nasi, tapi nasi kau tawar, kau perlukan kicap dan rakan kau ada kicap dan kau pun minta sedikit daripadanya.

 

Makanya untuk mengekalkan kualiti pelengkap itu, kau perlu punya mulut yang ringan untuk kau ucap perkatan keramat ‘terima kasih’. Kau perlu punya senyuman yang ikhlas untuk kau tunjuk kepadanya usai kau terima pertolongan. Kau perlu punya hati dan sensitiviti yang tinggi agar kau tahu pelengkap kau itu sedang dalam kondisi apa.

 

Kau jangan bagi tahi kepada mereka yang pernah melengkapkan hidup kau. Kau harus kenang apa yang pernah mereka beri dan apa yang telah mereka lakukan. Kekalkan jalinan ukhuwah bersama pelengkap itu sampai bila bila. Percayalah, kita memang memerlukan pelengkap hingga ke akhir hayat.

 

Satu undang undang penting yang perlu ada dalam genggaman tangan masing masing. Jangan berkira. Jangan kau terlampau lampau mengenang akan apa yang pelengkap kau pernah beri. Kau mengenang kerana kau tidak ikhlas. Kau berkira pada baju yang pernah kau beri pinjam. Kau berkira pada nilai 20sen yang pernah kau beri. Kau berkira pada sos cili yang kau beri. Kau berkira pada segala galanya. Kau tidak penat. Tidak pernah.

 

Tetapi kawan kau penat kau tahu!!. Kawan kau fed up. Senang cerita jika aku itu kawan kau, aku akan menyampah. Serius. Aku tidak akan minta lagi apa apa pada kau dan jika sejauh mana terdesaknya aku pun, akan aku biarkan lubang hidup itu berlubang. Mungkin bukan rezeki aku.

 

Kadang kadang aku agak berasa aneh. Wujud juga manusia yang tidak perlukan kawan dalam hidup. Hidupnya dihabiskan sama kawan lain. Kawan lain dia itu bagi cinta dan kasih kepadanya. Mungkin dua benda itu sudah cukup buat dia.

 

Mungkin kawan lain dia itu boleh beri dia macam macam. Utarakan sahaja apa yang tiada, kawan lain dia bisa beri apa apa sahaja.

 

Tetapi, ada juga yang berperangai sebegini. Ada kawan lain baru, kawan lama di lupa. Aku tidak pasti apa dalam fikirannya. Aku cuma berharap agar kawan lain kau itu, akan jaga hati kau sebaik baiknya. Dan aku berharap jika sekiranya kau sudah tidak kawan sama kawan lain itu, jangan kau cari kawan lama lagi kerana kau tidak pernah tahu apa erti mengenang persahabatan. Jangan kata kawan lama kau jahat, kau harus tahu, kau itu yang jahat. Yang baru kau kendong, kau junjung, kau kelek, yang lama ini kau pandang sepi, kau biarkan sahaja  di tepi.

 

Kau fikirlah. Apa yang terlalu indah pada kawan baru kau itu. Walaupun dia punya tangan yang dapat menyentuh tangan kau tetapi itu semua berdosa buat apa. Walaupun dia punya tangan yang dapat mengelap air mata kau tetapi itu semua berdosa buat apa.

 

Makanya kau perlu sama ratakan kasih sayang kau kepada semua kawan seadil adilnya. Supaya apabila kau sedih nanti ada yang dapat memegang tangan, memegang bahu, mengelap air mata dan mendakap erat diri kau tanpa wujudnya dosa.

 

Kawan. Kau lihat sahaja perkataanya simple tetapi kau perlu tahu peranannya tidak sesimple itu. Makanya aku anggap kawan itu berharga. Precious. Aku pernah merasa betapa tidak gemilangnya hidup tanpa kawan. Kau pernah lihat rumah kosong yang tidak bercat. Ya. Seperti itulah hidup aku dahulu.

 

Berkawan hanya pada seorang dua dan apabila dia punya kawan lain aku di letakkan di tepi. Sakit hati tahu.

 

Aku tahu. Dia mahu beri aku rasa pengalaman sepi itu supaya di masa akan datang aku tidak akan membuat sepi kepada orang lain juga. Aku berharap supaya kegemilangan hidup aku hari ini akan kekal dan disukai Dia.

 

Aku meletakkan kawan itu pada aras yang tinggi selepas ibu dan ayah dan tidak mustahil sekiranya kedudukan kawan itu akan berada pada aras yang sedikit atas daripada ibu ayah dan ia mungkin kerana faktor keadaan.

 

Bagi aku, jika kawan itu berada sedikit atas daripada level ibu ayah, ia tidak menjadi hal. Asalkan kau tahu apa maknanya mengenang budi dan kau tidak mengamalkan gaya hidup habis madu sepah dibuang. Mungkin kawan dan ibu bapa berada pada aras teratas yang sama tapi yang membezakannya adalah lokasi mereka. Ibu ayah berada di centre point tetapi kawan berada di sebelah belakang sedikit. Kau pegang pada satu ini sudah cukup. Ibu ayah boleh menjadi kawan, tetapi kawan tidak boleh menjadi ibu ayah.

 

Ini semua bergantung kepada kau sendiri yang menetapkannya. Prinsip ini sama juga dengan apa yang perlu kau lakukan apabila kau temu kawan lain dan kawan lama kau tidak sepatutnya kau singkir begitu sahaja.

 

Hanya satu benda yang perlu kau tahu dalam prinsip persahabatan. Jaga menjaga hati masing masing.

 

Dan ada lagi satu prinsip penting dalam kehidupan kita yang kau perlu ingat. Kau akan dapat semula apa yang pernah kau beri tidak kira ianya berbentuk baik atau buruk kerana kita tahu, Tuhan itu adil.

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: